Celaan Terhadap Spesies Homosapien

“statisk yang dicatatkan oleh World Health Organisation (WHO) dan Kementerian Kesihatan Malaysia mencecah sehingga empat angka kematian dan ianya merupakan satu angka yang besar serta memberi impak tinggi kepada perubahan ekonomi semasa”

Sebenarnya tanpa kita sedar, seluruh dunia telah lama bergelut dengan beberapa masalah penyakit (seperti komplikasi jantung, kanser, diabetes, HIV, denggi, Ebola, Influenza A) yang wajar diambil serius di mana telah menyumbang kepada angka kematian tinggi. Perbezaan peredaran zaman menyebabkan penyakit tersebut tidak standing dengan “avian flu” yang menggerunkan pada masa kini. Namun, jika benar ianya viral flu yang paling hebat di abad ini, mungkin ianya merupakan satu celaan terhadap spesies homosapiens yang telah memudaratkan ala mini. Atau mungkin juga ianya sekadar di ada-adakan bagi menggubal suatu polisi baharu dalam peradaban manusia. Ianya berkait rapat kepada landskap politik semasa dunia. Beberapa tindakan yang agak menggugat kedudukan sesetengah pihak baik dari kalangan kelas sosial, politik mahupun ekonomi. Ini merupakan satu peluang besar untuk merombak semula sosial ekonomi sedia ada dan kita semua wajib berasimilasi bersama arus revolusi industri. Maka tidak hairan, sehingga hari ini kita melihat trend penggunaan platform digital semakin menggalakkan. Kesan pandemik ini bukan sekadar meningkatkan tahap kewaspadaan orginisasi untuk menghadapi sebarang kemungkinan, tetapi turut mengalih arah strategi kepada norma baharu. Impak daripada viral flu ini telah memaparkan beberapa titik kelemahan institusi kewangan, pembangunan dan juga industri lain yang terjejas. Pelan tindakan kecemasan bagi sesebuah institusi dalam negera perlu dikaji semula bagi menghadapi gelombang bencana baharu yang mungkin tiga kali ganda lebih hebat daripada sekarang ini.

EPOCH TIMES – CCP VIRUS: How the Chinese Communist Party’s coverup led to a global pandemic

Statisk yang dicatatkan oleh World Health Organisation (WHO) dan Kementerian Kesihatan Malaysia mencecah sehingga empat angka kematian dan ianya merupakan satu angka yang besar serta memberi impak tinggi kepada perubahan ekonomi semasa. Angka kematian akibat Novel Corona ini mencecah puluhan ribu pada tahap global berbanding SARS yang melanda pada tahun 2003. Konspirasi yang mengatakan, yang mana virus ini bermula daripada pasar makanan eksotik di sebuah daerah di China (CCP Virus) adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab. Ini kerana, pada sebuah klimaks plot adalah bukan masa yang sesuai untuk menjadi penganalisis kesihatan dengan menuding jari bagi mencari salah siapa. Beberapa hari selepas tular tentang krisis ini dengan penutupan pintu keluar dan masuk beberapa negara, perkhabaran seperti penurunan harga minyak, nilai emas dan juga matawang turut beransur merosot. Dunia kini sedang menetapkan semula polisi perabadan dari segi cara bersosial dan juga menghidupkan norma baru ekonomi. Konspirasi world reset pernah ditulis 2 kali ketika kemerosotan ekonomi dunia seperti mana saya temukan pada Meltdown 2008 dan Global Currency Reset 2015. Ia mungkin digunakan sebagai salah satu instrumen bagi memperkecilkan saiz atau cakupan had keluaran dan menswastakan serta menstruktur semula kitaran ekonomi sedia ada. (Akan ditulis pada bab selanjutnya)

Jelas, dunia hari ini diasak secara halus tanpa ehsan oleh mikrob yang kita ciptakan sendiri. Seandainya benar ia merupakan sebuah bencana terhebat pada abad ini, (samada wujud atau tidak) mikrob yang bersifat zoonotic ini bakal menyesuaikan diri bersama mekanisme yang ada pada sekeliling mereka, selain daripada hutan yang semakin ditarah, hidupan marin dan haiwan yang terbinasa oleh tangan kita, ia memilih adalah MANUSIA sebagai rumah baharu. Walaubagaimanapun, saya melihat positif akan kesan isolasi diseluruh negara yang menyumbang kepada mungkin kurang daripada separuh peratusan alam telah kembali pulih setelah terjejas oleh proses globalisasi sekian lama. Ianya mungkin sementara, dan kita masih akan tetap diselubung ketakutan, setidaknya manusia telah melihat sendiri dan mempelajari sesuatu bahawa alam kita juga hidup dan tetap bernafas.

Theory Of Evolution Homosapien

Rujukan:http://chuangcn.org/2020/02/social-contagion/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Create a website or blog at WordPress.com

Up ↑

%d bloggers like this: